MyBidan

Rawatan

Rawatan Selepas Bersalin Melayu Purba

Tentunya rawatan selepas bersalin Melayu yang kekal berzaman akan terus kekal di masa hadapan. Penjagaan-penjagaan tradisional ini sangat dihormati di serata dunia sebagai satu daripada amalan paling popular dalam penjagaan pantang, terutamanya bagi orang Melayu. Hari ini, rawatan selepas bersalin Melayu yang telah lama diamalkan telah menjadi begitu popular yang ia juga digunakan oleh berbagai kaum terutamanya kaum Cina.. Tidak seperti amalan pantang Cina, amalan selepas bersalin Melayu tradisional memfokuskan lebih kepada rawatan tubuh, sebagai contoh, urutan aromaterapi, urutan herbal, tuam panas dan bengkung. Menggabungkan minyak-minyak pati dan bedak herba, ia dilakukan untuk meningkatkan peredaran aliran darah; pada masa yang sama mengeluarkan angin yang lambat-laun akan menyebabkan penghasilan ketulan-ketulan keras dalam urat.

Selepas rawatan selesai, ubat-ubatan pelangsingan dan prosedur bengkung akan dilakukan untuk mengetatkan bahagian pelvis, dada dan rahim. Ini adalah kaedah yang berkesan dan paling pantas untuk ibu-ibu mengekalkan bentuk tubuh mereka dan mengembalikan kesihatan mereka dalam cara yang paling semulajadi.

Sepanjang tempoh pantang, bidan akan kerap melakukan urutan minyak aromaterapi atau herba ke atas ibu-ibu untuk membantu tubuh mereka kekal pada suhu yang sesuai dan menghilangkan keletihan. Tuam panas juga dikenakan untuk meningkatkan penyerapan herba, meningkatkan kesan ubat-ubatan dan mencepatkan penyembuhan. Apabila lochia badan telah bersih, bidan kami akan meneruskan dengan pembersihan uterus atau pengewapan faraj untuk detoksifikasi dan penyembuhan luka.

Penjagaan Urutan Melayu Di Rumah

Rawatan kesejahteraan di rumah kami bukan sahaja direka untuk ibu-ibu selepas bersalin, ia juga sesuai untuk kelompok orang berbeza. Orang di zaman moden ini, biasanya di kawasan-kawasan bandar, melalui kehidupan yang sibuk, dan tiada masa untuk bersenam yang mengakibatkan mereka mengabaikan kesihatan mereka. Kesan-kesannya adalah keletihan, kesakitan otot malah masalah-masalah kesihatan kronik sekiranya keadaan-keadaan ini tidak dirawati.

Rawatan di rumah yang membelai, menenangkan dan menyembuhkan menggabungkan teknik-teknik tradisional dan herba-herba bernilai adalah apa yang anda perlukan. Ia adalah cara yang baik untuk melegakan kesakitan, sengal dan keletihan dan mencepatkan proses penyembuhan. Rawatan-rawatan berteraskan wanita yang lain juga disediakan untuk menghadapi isu-isu wanita: pengeluaran cecair faraj berlebihan, ketidakseimbangan haid, ketidaksuburan, dsb.

Pencarian Bagi Penyembuhan Optima

Rawatan kesejahteraan tradisional memfokuskan kepada mengembalikan fungsi-fungsi tubuh kepada keadaan semulajadinya dan mencapai kesihatan optima.Mengembalikan kesihatan mental dan fizikal adalah satu pencarian yang sentiasa dekat dengan hati kami. Untuk membuat rawatan kami lebih fleksibel dan diperibadikan sesuai untuk keperluan berbeza, unsur-unsur baru berterusan ditambahkan kepada rawatan berkurun-kurun kami untuk memberikan anda nafas baru dan istirehat yang terbaik.
Bertungku | Rawatan | MyBidan

1. Bertungku (Urutan Tuam Panas)

Mengambil manfaat ke atas kearifan Melayu purba, tuam panas mengandungi herba-herba ubat-ubatan dan haba untuk menggalakkan titik-titik saraf. Ia membolehkan pati-pati herba untuk meresap ke dalam tubuh melalui kulit dan mencepatkan penyembuhan semulajadi tubuh. Urutan unik ini menggabungkan teknik-teknik refleksologi, aromaterapi dan urutan tradisional untuk mengurangkan keletihan, dengan haruman herba yang membangunkan deria-deria anda.

Halia adalah bahan utama dalam urutan tuam panas. Ia berfungsi mengeluarkan ‘kesejukan’ dan ‘angin’ dalam badan dan mengekalkan suhu sederhana di uterus. Keseluruhan rawatan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Urutan Herba | Rawatan | MyBidan

2. Urutan Herba

Nikmati pengalaman terapeutik dan ucap selamat tinggal kepada tekanan dengan urutan herba. Urutan herba kami adalah urutan tisu dalaman dilakukan oleh bidan menggunakan akupunktur, tekanan dan tegangan beritma. Ia boleh membantu menenangkan otot, meredakan kesakitan dan ketegangan, menambahbaik tidur dan membuang ‘angin’ dari badan anda.

Urutan ini perlu untuk kelegaan tekanan, terutama ketika kehamilan dan kelahiran, dengan jelas meningkatkan mood mereka. Selain mengurangkan kelenguhan tubuh, urutan herbal juga menggalakkan ketengan mental dan fizikal, melegakan tekanan dan keseluruhan kesejahteraan mental, dengan ini mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.

Herba-herba terbaik membantu bidan-bidan pakar kami yang sangat berkemahiran dalam 72 mata akupuntur pada tubuh manusia, mengurangkan bahagian tubuh yang tegang dan lenguh dengan berkesan. Biarkan minda dan tubuh anda bertenang dan kesihatan anda akan diberi nafas baru dengan rawatan unik ini.

Urutan Minyak Aromaterapi  | Treatment Introduction | MyBidan

3. Urutan Minyak Aromaterapi

Dengan manfaat yang hampir sama dengan urutan herba, urutan aromaterapi menggabungkan campuran minyak aromatik dan pati tulen, memberikan tubuh anda penyembuhan dan kecergasan. Bidan berpengalaman mengenakan usapan lembut dan tekanan berterusan untuk membantu ibu-ibu bertenang, merendahkan tekanan dan menyegarkan tubuh dan minda mereka, memberikan tubuh anda cukup khasiat, segar dan cergas.

Urutan ini juga memberikan pengalaman deria-aroma, memberikan anda perasaan riang dan kesejahteraan.

Urutan minyak aromaterapi berupaya mengeluarkan ‘angin’ dan memanaskan badan, mengurangkan lemak dan sembab. Dengan menyasarkan titik akupunktur ini, kerengsaan dan ketegangan otot akan dilegakan seperti ajaib. Setiap urutan mengambil masa lebih kurang 60 minit.

Urutan Payudara | Rawatan | MyBidan

4. Urutan Payudara

Selepas bersalin, wanita akan mengalami pelbagai perubahan besar dalam tubuh mereka, termasuk pembengkakan dan kesakitan di payudara. Isu-isu ini mengganggu banyak ibu-ibu baru dan disebabkan oleh pengekalan susu dalam payudara, menyebabkan saluran susu tersumbat yang mengelakkan pengeluaran susu yang selesa.

Urutan payudara yang baik ketika pantang adalah penting kerana ia memberikan kelegaan segera daripada kesakitan payudara. Urutan payudara menggalakkan pengaliran susu yang lancar dalam kelenjar susu dan mengelakkan mastitis (keradangan). Selain meningkatkan pengeluaran susu, urutan payudara juga menguatkan kulit puting payudara dan membuatkannya lebih kenyal, menggalakkan aliran susu yang lebih baik dan membolehkan ibu-ibu menyusukan bayi-bayi mereka dengan lebih mudah. Setiap urutan payudara mengambil masa 60 minit.

Bengkung Tradisional Melayu | Rawatan | MyBidan

5. Bengkung Tradisional Melayu

Berasal dari Malaysia, amalan bengkung tradisional orang Melayu digunakan oleh kerabat-kerabat diraja dan juga popular di kalangan wanita-wanita kelas atasan dan orang awam. Kaedah ini membuatkan tubuh anda lebih langsing dengan bentuk fizikal yang lebih pejal, ringan dan tampak muda. Amalan bengkung tradisional orang Melayu menggunakan kain panjang yang dibalut kepada bahagian perut, dari bawah pelvis sehingga ke tulang rusuk, dan dipakai sekurang-kurangnya 4 ke 5 jam setiap hari.

Sejenis hormon dipanggil relaxin, dihasilkan ketika kehamilan untuk menenangkan otot dan mengendurkan ligamen-ligamen dan sendi-sendi dalam tubuh ibu, terutama di kawasan pelvis, menyebabkan pemisahan abdomen untuk memberi ruang kepada fetus yang semakin membesar. Oleh itu, bengkung sebelum hormon ini hilang boleh membantu menutup pemisahan abdomen ini melalui tekanan dikenakan oleh pengikat perut ini, mencapai bentuk tubuh yang langsing dengan pantas.

Selain itu, bengkung juga membantu rahim ibu-ibu mengecut dan kembali ke posisi asalnya, memberikan sokongan kepada otot-otot abdomen dan mengurangkan sakit belakang selepas bersalin.

Bertangas | Rawatan | MyBidan

6. Bertangas

Juga dikenali sebagai pengewapan faraj, pengasapan rahim melakukan detoksifikasi dan mengecutkan rahim melalui penggunaan herba dan wap.

Rahim (atau uterus) memainkan peranan penting dalam mengekalkan kemudaan dan kecergasan wanita. Oleh itu, menjaga rahim dalam cara jangka panjang penting bagi wanita.

Wap ini membuka liang-liang kulit untuk meningkatkan penyerapan pati herba, menggalakkan pengecutan dan detoksifikasi rahim. Rawatan ini juga boleh mencepatkan penyembuhan luka perineal dan mengembalikan kesihatan rahim dengan pantas. Setiap prosedur mengambil masa 30 minit.

Mandian Herba | Rawatan | MyBidan

7. Mandian Herba

Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengurangkan jumlah mandian ketika tempoh pantang. Oleh itu, mandian herba sangat disyorkan untuk disertakan dalam penjagaan selepas bersalin kerana ia boleh membantu dengan rasa lengas dan tidak selesa yang tidak diingini.

Belaian seluruh tubuh yang penuh nikmat diikuti dengan penjagaan selepas bersalin yang melegakan, menenangkan dan menghilangkan tekanan tubuh, minda dan jiwa.

Mandian herba kami disertakan ekstrak herba yang memberikan ibu-ibu sejumlah besar manfaat kesihatan: membuang ‘angin’ dan kesejukan, dan mengekalkan suhu yang selesa untuk tubuh dan rahim. Setiap mandian memerlukan 20 minit.